Penulisan : Menulis : Tulisan : Penulis
4 perkataan ini banyak memberi impak dalam kehidupan saya akhir-akhir ini. Email pertanyaan yang diterima dari pembaca blog banyak membakar semangat untuk terus menulis dan menulis dan menulis. Setiap yang berlaku sememangnya mempunyai hikmah yang tersendiri dan rezki yang Allah berikan dari sumber dan cara yang tidak disangka-sangka. MasyaAllah. Begitu hebatnya kuasa penulisan.
Teknik dan kaedah penulisan perlu sentiasa dikemaskini dan diaplikasi. Suka saya kongsikan teknik dan kaedah penulisan ini dari sifu saya Puan Khairunnisa Hamzara. Semoga menjadi panduan buat anda juga untuk menulis dan terus menulis.
imej: carian google
Assalammualaikum
Bersiaran kembali di episod teknik dan kaedah penulisan. Dalam penulisan, Idea adalah aset utama untuk menjana penulisan yang bermutu tinggi dan diminati ramai. Tak kira walau dalam apa jua bidang, penulisan mampu menyampaikan dari seseorang ke seseorang dan dari satu generasi ke satu generasi. Idea yang segar menjadikan ia disukai ramai dan penyampaian yang kreatif menjadikan ia laris di pasaran. Bagaimana untuk menjana idea yang segar dan kreatif ketika menulis? Berikut terdapat beberapa langkah yang sering disebut oleh tokoh-tokoh penulisan.
1. Praktis memulakan topik penulisan dengan topik yang khusus
Topik penulisan yang terlalu umum akan menyebabkan penulis tersasar dari penulisannya. Sering kali meletakkan tajuk penulisan utama di blog, di majalah, buku, atau cerpen agar setiap penulisan yang dibuat akan berbalik kepada topik utama. Bagi memudahkan kalian fokus kepada topik tersebut, latih diri bertanya soalan kepada diri sendiri atau menulis terlebih dahulu tentang persoalan, permasalahan, niat menulis, kenyataan yang diperoleh dan perasaan tentang tajuk topik tersebut.
2. Melatih otak untuk berfikir setiap masa
Minda tidak akan penat berfikir. Manfaatkanlah minda separuh sedar untuk mendapatkan idea secara tidak penat. Ini bermaksud ketika sedang bekerja, berjalan, menaiki kenderaan, shopping, melawat dan sebagainya, ada saja perkara yang terdetik di minda kita yang kita tidak fikir kan di kala itu, cuma ia datang dengan tiba-tiba. Kebiasaannya ia akan datang ketika kita sedang dalam bilik air, sedang makan, sedang beratur membayar bil dan ia datang pada bila-bila masa yang tak dijangka. Untuk merekodkan idea ini, perlu sediakan buku nota kecil di poket atau di dalam tas tangan, dan kini zaman makin canggih, kita boleh catatkan di telefon pintar juga.
3. Usaha Masukkan input ke dalam minda untuk mendapatkan sesuatu penulisan yang baik (ilmu)
Membaca buku, akhbar, menonton tv, mendengar kuliah dan sebagainya membantu meningkatkan daya pemikiran dan ilmu. Bagi menjadikannya lebih menarik dan interaktif, berdialog lah dengan media-media tersebut seperti di kala membaca suratkhabar, kalian boleh memberikan ulasan terhadap artikel tersebut dengan luahan emosi dan pendapat secara verbal. Atau boleh juga mencatatkan idea tambahan sebagai percambahan isi di dalam artikel majalah yang sedang di baca. Jika menonton tv, buat ulasan dan pandangan ketika menonton tv, ini menjadikan input yang diterima ke dalam minda menghasilkan interaksi aktif di minda sehinggakan minda secara langsung dapat membuahkan idea yang lebih baik dan bernas dari media yang sedang di baca, di tonton
4. Dari perkara kecil menjadi perkara besar
Seorang penulis adalah seorang yang boleh menghuraikan sebatang pen dalam bentuk karangan! Jadi latih lah diri untuk menjadikan perkara kecil yang biasa dilihat, dikumpulkan maklumat tentang nya dan menjadikan ia sebagai perkara besar dan tajuk utama untuk artikel dan penulisan. Kalian akan terkejut dengan hasil penulisan atas pengamatan tentang perkara harian / perkara kecil tadi yang telah menjadi satu isu untuk di bahaskan dan dihuraikan
5. Sentiasa menggalakkan rangsangan minda
Melatih diri untuk berpikir dan mengulas setiap perkara yang dibuat seperti ketika berkebun, memandu, memasak dan sebagainya. Mengambil inti pati terhadap perlakuan dan pekerjaan yang sedang dilakukan dan mengolah dalam bentuk nilai , emosi dan kesan yang diperolehi hasil dari perbuatan dan pekerjaan itu.
6. Berborak dengan sesiapa sahaja
Kadangkala baik untuk kita mengetenghkan sesuatu isu/topik ketika berbual dengan sesiapa sahaja. Kita boleh mendapat maklumbalas tentang topik itu dari mereka. Kumpulkan setiap pendapat dan ulasan dan jadikan dalam bentuk satu topik penulisan . Kalian akan berasa hebat dengan penulisan tersebut kerana ia bukan sahaja datang dari pendapat sendiri tapi dari hasil pertukaran maklumat dengan orang lain juga. Ia seperti anda mendapatkan maklumbalas dari temuramah tetapi ia dilakukan dalam bentuk santai dan bersahaja
7. Membuat peta minda
Topik utama diletakkan di tengan-tengah dan kalian akan membuat percambahan sub topik, tulis sahaja apa yang terlintas kemudian kalian boleh kategorikan semula sub topik nya dan ada kala ada yang perlu di padamkan semula dan ada pula yang perlu ditambahkan. Peta minda adalah cara yang bijak dan menampakkan keseluruhan tentang topik yang sedang dibincangkan.
8. Catatan Diari
Ini adalah cara bagi mengelakkan kalian lupa tentang perkara yang dialami . Gunakan Diari untuk merekod kerja, pengalaman dan emosi. Penggunaan diari harian pula sangat membantu dalam mendapatkan idea baru. Catatan di buat tanpa memikirkan tentang penulisan. Di kemudian hari ia boleh dibelek semula dan dikembangkan menjadi bentuk penceritaan
9.Menghuraikan jawapan tetang sesuatu penyataan masalah dengan menyenaraikan beberapa "sebab".
Satu topik besar dihuraikan dengan menggunakan banyak perkataan sebab. Ia terjadi sebab apa dan apa dan apa dan apa. Setelah banyak kerana di tuliskan, bolehlah mencantumkan kesemuanya dalam bentuk penulisan
10. Menggunakan media sebagai sumber idea
Membaca sekurang-kurangnya 10 buku untuk satu topik tertentu. Menonton rancangan tv umum dan rancangan khas yang berkaitan dengan topik membantu untuk kita mendapatkan idea-idea yang berada di luar pemikiran kita. Membaca majalah-majalah terbaru di pasaran yang sentiasa mengeluarkan idea-idea segar dan terkini. Mendengar ceramah, kuliah dan berada si sisi pembelajaran. Ini bagi menjana idea dan memastikan kita sering mendapat info terkini mengikut peredaran masa
Dan kunci utama untuk mendapat idea yang bernas dan kreatif adalah dengan melatih diri menulis pada setiap hari. Lama-kelamaan menulis itu telah menjadi sebati dalam diri dan mampu menghasilkan banyak bentuk penulisan untuk dikongsikan dengan masyarakat atau mampu menggunakannya sebagai sebahagian dari pendapatan.
Untuk melatih diri dalam penulisan, boleh sertai kelas Asas Blog dan Penulisan yang dibuat secara 100% online mengikut masa masing-masing. Untuk keterangan lanjut berkenaan kelas boleh lihat di sini :
http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/2013/06/kelas-belajar-asas-membuat-blog-dan.html
Untuk melatih diri dalam penulisan, boleh sertai kelas Asas Blog dan Penulisan yang dibuat secara 100% online mengikut masa masing-masing. Untuk keterangan lanjut berkenaan kelas boleh lihat di sini :
http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/2013/06/kelas-belajar-asas-membuat-blog-dan.html
//KHAIRUNNISA HAMZAHARA//