Bagi mencanakkan lagi semangat menjaga kebersihan tandas terutamanya di tandas-tandas awam di Malaysia, Anugerah Tandas Bersih 1Malaysia telah diperkenalkan pada tahun 2010 dengan objektif seperti berikut:
- Memberi pengiktirafan kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan Operator-operator tandas awam dalam usaha mewujudkan model tandas bersih sebagai contoh kepada tandas-tandas yang lain;
- Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan tandas; dan
- Meningkatkan dan memartabatkan imej negara di kalangan pelancong umumnya.
Kategori 1: Sekolah Rendah;
Kategori
2: Sekolah Menengah;
Kategori
3: Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta;
Kategori
4: Hentian Pengangkutan Awam;
Kategori
5: Pusat Beli Belah;
Kategori
6: Restoran;
Kategori
7: Kawasan Pelancongan;
Kategori
8: Rumah Ibadat;
Kategori
9: Pejabat Kerajaan;
Kategori
10: Tandas Awam Milik Pihak Berkuasa Tempatan (Daerah)
Kategori
11: Tandas Awam Milik Pihak Berkuasa Tempatan (Bandaraya/Perbandaran)
Tahniah kepada pemenang-pemenang yang telah berjaya. Semoga usaha-usaha meningkatkan kebersihan tandas tidak terhenti setakat ingin menggondol anugerah malah ia merupakan usaha yang berterusan demi menjaga kesihatan dan kebersihan.
No comments:
Post a Comment