Pages

Wednesday 27 November 2013

Syukur pada Allah atas segala nikmat

Teks: Kayrul Hidayah binti Mansor

Alhamdulillah

Dia makbulkan permintaanku
Dia memberi yang terbaik untukku
Dia mengajarku ketika aku buntu
Dia membantuku ketika aku butuh

Subhanallah

Renunglah langit selalu agar kita mengenali pencipta langit,
mengkagumi kebesaran pencipta langit,
Indah,
Sungguh Indah,
Padanya terdapat pengajaran,
Memberi dalam gambaran awan-awan,
Hati tenang
Jiwa tenteram
Senyum
Syukur Alhamdulillah



Friday 22 November 2013

Oh Diri..Oh Akal..Oh Hati

Teks : Kayrul Hidayah binti Mansor

Oh diri...Jangan cepat terasa hati

Oh akal...Fikirlah positif dan optimis

Oh hati...tetapkan nawaitu melakukan setiap perbuatan hanya kerana Allah


Thursday 21 November 2013

Syair Imam Syafie dan Aspek Kesihatan Persekitaran

Teks : Kayrul Hidayah Mansor


Dan tiadalah duduk setempat bagi orang cerdik dan beradab itu dianggap sebagai rehat. Tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah,
Berkelanalah, engkau akan dapat pengganti orang yang kamu tinggalkan. Berusahalah, kerana keindahan hidup itu ada pada berpenat-penatan.
Aku melihat air yang tenang bertakung, mencemar kandungannya sendiri. Sekiranya ia mengalir, ia akan baik. Sekiranya ia tidak mengalir, tercemar.

(Di petik dari youtube GPTD: Ahmad Ammar Dalam Kenangan 1993-2013)

Pemergian Allahyarham Ahmad Ammar banyak memberi pengajaran pada diri yang kerdil ini. Syair Imam Syafie ini saya baca dalam youtube GPTD: Ahmad Ammar Dalam Kenangan 1993-2013 http://www.youtube.com/watch?v=HIR30U3E9sE. Syair ini merupakan antara catatan dalam buku nota Allahyarham.

Syair ini banyak membuat saya berfikir dari pelbagai aspek. Namun, dalam entry ini, saya akan mengupas dari aspek kesihatan persekitaran.

Aku melihat air yang tenang bertakung, mencemar kandungannya sendiri. Sekiranya ia mengalir, ia akan baik. Sekiranya ia tidak mengalir, tercemar.

Air bertakung banyak membawa masalah kesihatan persekitaran. Antaranya adalah penyakit demam denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes yang membiak di dalam air yang bertakung. 
Air yang bertakung juga boleh menyebabkan masalah pencemaran bau busuk dan juga boleh menyebabkan masalah banjir kilat.




Sumber: The Borneo Post Online
http://www.theborneopost.com/2012/09/25/masalah-air-bertakung-punca-bau-busuk-banjir-kilat-diatasi-segera/





http://www.utusan.com.my/utusan/Kota/20130129/wk_01/Sengsara-akibat-air-bertakung


Kesimpulannya, air yang bertakung secara fizikalnya memang memudaratkan kesihatan persekitaran kerana menyebabkan pencemaran dan boleh menyebabkan penyakit berjangkit. 

Namun, secara analoginya, air bertakung juga boleh direpresentasikan sebagai ilmu yang tidak digunakan, disampaikan dan dialirkan. Ilmu yang banyak dan tidak dikongsi, digunakan dan dicurahkan serta dialirkan akan memberi kemudaratan pada diri. Air yang bertakung boleh ditakrifkan sebagai wang yang banyak dan tidak dizakatkan dan disedekahkan dan wang tersebut akan tercemar dengan hilangnya keberkatan dari Allah SWT. Wallahua'lam

Tuesday 19 November 2013

Sambutan Hari Tandas Sedunia

Sambutan Hari Tandas Sedunia disambut setiap tahun oleh dunia pada 19 November 2013. Sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan di sambut pada tahun ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)



Bagi mencanakkan lagi semangat menjaga kebersihan tandas terutamanya di tandas-tandas awam di Malaysia, Anugerah Tandas Bersih 1Malaysia telah diperkenalkan pada tahun 2010 dengan objektif seperti berikut:


  1. Memberi pengiktirafan kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan Operator-operator tandas awam dalam     usaha mewujudkan model tandas bersih sebagai contoh kepada tandas-tandas yang lain;
  2. Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan tandas; dan
  3. Meningkatkan dan memartabatkan imej negara di kalangan pelancong umumnya.


Bersempena dengan Sambutan Hari Tandas Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada 19 November 2013, sebanyak 11 kategori tandas telah dipertandingkan iaitu:

Kategori 1: Sekolah Rendah;
Kategori 2: Sekolah Menengah;
Kategori 3: Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta;
Kategori 4: Hentian Pengangkutan Awam;
Kategori 5: Pusat Beli Belah;
Kategori 6: Restoran;
Kategori 7: Kawasan Pelancongan;
Kategori 8: Rumah Ibadat;
Kategori 9: Pejabat Kerajaan;
Kategori 10: Tandas Awam Milik Pihak Berkuasa Tempatan (Daerah)

Kategori 11: Tandas Awam Milik Pihak Berkuasa Tempatan (Bandaraya/Perbandaran)

Tahniah kepada pemenang-pemenang yang telah berjaya. Semoga usaha-usaha meningkatkan kebersihan tandas tidak terhenti setakat ingin menggondol anugerah malah ia merupakan usaha yang berterusan demi menjaga kesihatan dan kebersihan. 



Wednesday 13 November 2013

Kenali Penulis

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bak kata pepatah: "Tak kenal maka tak cinta"

Nama: 
Kayrul Hidayah binti Mansor. 

Tahun dan Tempat Kelahiran: 
1984 di Hospital Tampin, Negeri Sembilan.

Pendidikan Awal: 
  • Sekolah Kebangsaan Felda Maokil, Labis, Johor 
  • Sekolah Kebangsaan Felda Tembangau, Kemayan, Pahang. 
  • Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Bukit Bintang, Kuala Lumpur (BBGS)
  • Sekolah Menegah Kebangsaan Datuk Abdullah, Astana Raja (SEMENDA)
  • MRSM Kuala Berang, Terengganu (MRSM Q-BER)
  • Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah (KMNS)
Ijazah dan Sarjana:
  • Bacelor Sains Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Universiti Putra Malaysia
  • Sarjana Sains Pengurusan Keselamatan Industri, Universiti Kebangsaan Malaysia

Pengalaman:
  • Associate Executive Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, DRB-HICOM Berhad
  • Pegawai Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Bidang yang pakar/diminati:
Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan yang akan menfokuskan dalam bidang kesihatan pekerjaan dan kesihatan bandar. 

Matlamat:
Untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam bidang kesihatan pekerjaan dan kesihatan bandar dan ingin membantu Pihak Berkuasa Tempatan terutamanya dalam memberikan perkhidmatan kesihatan bandar yang terbaik kepada masyarakat setempat. Di samping itu, zakat ilmu ini juga ingin digunakan sebagai saham akhirat yang memberi kebaikan buat semua. InshaAllah.