Pages

Friday 17 January 2014

Diabetes: Mencegah lebih baik dari Mengubati

Teks: Kayrul Hidayah binti Mansor

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Insha Allah, pada kali ini saya ingin berkongsi mengenai penyakit yang semakin menular di kalangan rakyat Malaysia iaitu Diabetes. Statistik dari Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa seramai 2.6 juta atau 15 peratus daripada kira-kira 28 juta penduduk negara ini yang berusia 18 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes atau kencing manis.

Komplikasi penyakit diabetes seperti serangan jantung dan penyakit buah pinggang boleh menyebabkan kematian. Sehubungan itu, pencegahan adalah sangat penting bagi mengelakkan anda diserang penyakit ini.


Ingatlah, pola pemakanan yang sihat dan aktiviti fizikal dapat mengurangkan risiko penyakit ini.


Tuesday 14 January 2014

Ikhlas

Teks: Kayrul Hidayah binti Mansor

Apa itu ikhlas?
Ikhlaskah aku?
Ku pohon pada Allah ikhlaskan diriku dalam setiap amalanku
Indah dalam kata-kata hanya Allah yang tahu ikhlaskah kita
Ikhlas kerana Allah adalah tidak mengharapkan apa-apa balasan. Hanya mengharapkan keredhaan Allah
Sentiasa renew iman dengan mengucapkan dua kalimah syahadah

Ikhlaskan hatiku Ya Allah

Thursday 9 January 2014

Nikmati Kehidupan Anda

Teks: Kayrul Hidayah binti Mansor

Sebuah hasil garapan indah dari penulis yang terkenal dimana buku nukilan beliau yang bertajuk "Nikmati Kehidupan Anda" atau "Enjoy Your Life" ini telah dialih ke beberapa jenis bahasa di dunia. 
Dr. Muhammad Al-Arifi merupakan seorang Imam di Masjid King Fadh Academy (sumber: wikipedia). Buku ini merupakan hasil kajian beliau selama 20 tahun dan ia merupakan koleksi hebat tentang peristiwa-peristiwa daripada kehidupan Rasulullah S.A.W, kisah sejarah Islam dan anekdot yang mengujakan pemikiran berdasarkan pengalaman penulis.

Pada entry kali ini, saya ingin berkongsi mutiara-mutiara kata yang terdapat dalam buku ini untuk dihayati dan dijadikan pedoman. InshaAllah.

P.O.W #1

"Kejayaan bukanlah dengan mengetahui apa yang orang lain suka, ia adalah untuk memperoleh dan melatih kemahiran yang membantu seseorang mendapat kasih sayang mereka"

P.O.W #2

"Apabila anda memanjat gunung, lihatlah ke puncaknya dan bukan batu-batu disekeliling anda. Pastikan di mana kaki anda memijak semasa anda memanjat, dan janganlah melompat jika anda tersilap pijak"

P.O.W #3

" Seorang wira adalah seorang yang melakukan lebih dari keupayaannya untuk memperbaiki kemahirannya, sehingga berupaya untuk memperbaiki, dan mungkin juga mengubah, kemahiran orang lain"

P.O.W #4

" Jangan sesekali mendapatkan kekayaan dan hilang orang sekeliling, kerana mendapatkan atau memikat orang sekeliling ialah cara untuk mendapat kekayaan.


Insha Allah, sekiranya berkesempatan, saya akan berkongsi lagi mutiara-mutiara kata didalam buku ini. Tidak rugi pun untuk anda membeli buku ini. 
Boleh didapati di Kedai Buku Dakwah Corner (Bangi Gateaway)

Imej: carian google


Sunday 5 January 2014

Tuberkulosis @ Batuk Kering

Teks: Kayrul Hidayah binti Mansor

Masalah penyakit Tuberkulosis/ Batuk Kering atau lebih dikenali dengan nama penyakit Tibi merupakan masalah kesihatan bandar yang kian meruncing. Untuk makluman pembaca sekalian, suatu ketika dahulu, penyakit Tibi ini pernah menjadi pembunuh utama di negara ini antara tahun 1945-1957.

Penyakit Tibi adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria Mycobaterium Tuberculosis. Biasanya bakteria ini akan menyerang paru-paru (TB Pulmonari), sistem saraf tunjang (meningitis), sistem limfa, sistem peredaran darah, sistem genitourinari, tulang, sendi dan lain-lain.

Antara faktor kemunculan semula penyakit Tibi adalah:

- pendatang asing secara haram tidak disaring daripada penyakit

- pesakit lambat atau tidak mendapatkan rawatan kerana tiada kesedaran tentang penyakit.



Apakah gejala-gejala tibi?

• Batuk berkahak melebihi dua minggu atau lebih
• Kahak berdarah
• Demam berpeluh pada waktu petang atau malam
• Mengalami sakit dada khususnya apabila batuk atau menghela nafas panjang
• Hilang selera makan
• Berat badan menyusut
• Mudah letih dan lemah badan.


Langkah pencegahan tibi

• Bayi-bayi yang baru lahir mestilah diberikan suntikan imunisasi BCG
• Dapatkan suntikan dos kedua sekiranya tiada bekas parut dan pada umur 12 tahun
• BCG diberikan percuma di semua hospital serta klinik kesihatan kerajaan untuk mereka yang berumur 20 tahun ke bawah
• Sekiranya batuk berterusan lebih daripada dua minggu, segeralah berjumpa doktor untuk menguji kahak anda
• Ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan pesakit tibi dalam tempoh yang lama hendaklah tampil menjalani pemeriksaan.


Golongan berisiko tinggi mendapat jangkitan

• Penduduk miskin yang tinggal di desa mahupun di bandar-bandar
• Pembawa HIV
• Mereka yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, buah pinggang
• Pesakit yang mengambil ubat steroid dalam jangka waktu yang lama
• Warga tua.


Baqaimanakah caranya mendiagnos tibi?

• Jika mengalami batuk berpanjangan, anda hendaklah melakukan pemeriksaan sapuan kahak di bawah mikroskop bagi mengesan kehadiran kuman tibi. Ujian kahak boleh dilakukan di pusat kesihatan mahupun hospital kerajaan berhampiran secara percuma.
• Pemeriksaan sinaran X dada juga boleh menunjukkan kerosakan yang mungkin berlaku pada paru-paru anda.


Rawatan tibi

Rawatan biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan walaupun pesakit berasa sihat dalam tempoh berkenaan. Pada dua bulan pertama, rawatan harian akan diberikan, biasanya mengandungi sebanyak empat jenis ubat makan yang disaksikan oleh pengamal perubatan atau orang lain yang dilantik sebagai penyelia.

Peringkat rawatan seterusnya dilakukan dua kali seminggu selama empat bulan, biasanya melibatkan tiga jenis ubat, juga diambil di bawah penyeliaan. Jika rawatan ini diikuti secara tetap, pesakit berkenaan boleh disembuhkan.


sumber: http://www.maptb.org.my/mainpage/mingguan.htm

Saturday 4 January 2014

Basic Occupational First Aid (BOFA)

Teks: Kayrul Hidayah binti Mansor

Tahukah anda bahawa manusia boleh hidup

- tanpa makanan selama beberapa minggu
- tanpa air selama beberapa hari
- akan tetapi, manusia boleh hidup tanpa oksigen selama 4 minit sahaja

Sebab-sebab umum yang menyebabkan kematian mengejut

- Serangan jantung (Heart Attack)
- Jantung terhenti (Cardiac Arrest)
- Angin Ahmar (Stroke)
- Tercekik (Choking)

Rantaian hidup (Chain of Survival)
- Early Access
- Early CPR
- Early Defibliration
- Early ACLS
- Post Cardiac Arrest Care

Perkongsian mengenai BOFA akan disambung dalam entry akan datang. InshaAllah.

Sumber: Certified Emergency Response Training Academy
              www.CERTacademy.com.my
              Facebook: CERT Academy

Tips Peribadi Hebat

Teks: Kayrul Hidayah binti Mansor

Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk berada di Raudah (Taman Syurga) pada pagi yang barakah ini melalui segmen Motivasi Pagi di TV3 oleh Ustaz Muhammad bin Abdullah.

Tips peribadi hebat menurut Al-Quran dan hadis

1. Membina kekuatan keimanan pada Allah
2. Membina kekuatan ilmu
3. Membina kekuatan akhlak


Friday 3 January 2014

Pengalaman pertama ke Jabatan Arkib Negara

Teks: Kayrul Hidayah binti Mansor
Assalamualaikum pembaca sekalian,

Semoga dirahmati Allah selalu. InshaAllah.

Alhamdulillah, pada 3 Januari 2013, saya berpeluang berkunjung ke Arkib Negara Malaysia bertujuan untuk mendapatkan maklumat Sejarah Kesihatan Persekitaran di Malaysia. Maklumat mengenai Sejarah Kesihatan Persekitaran di Malaysia memang sukar diperoleh di internet. Oleh itu, maklumat ini perlu digali secara manual dan antara pusat informasi yang 'reliable' adalah Arkib Negara.
Cadangan bagi menerbitkan sebuah dokumentasi mengenai Sejarah Kesihatan Persekitaran di Malaysia telah diutarakan oleh Setiausaha Persatuan Pegawai Kesihatan Persekitaran, En. Mohamad Ridzuan bin Mohamad Salleh. Cadangan tersebut disambut positif dan akan berusaha untuk merealisasikannya, InshaAllah. Semoga dipermudahkan Allah. Semoga pembaca juga akan mendapat ilmu dan mengetahui mengenai Sejarah Kesihatan Persekitaran di Malaysia. InshaAllah, nantikan kemunculannya akan datang.
Sedikit latar belakang mengenai Arkib Negara Malaysia
(sumber informasi:http://www.arkib.gov.my)
Latar Belakang
Arkib Negara Malaysia (ANM) sebagai sebuah agensi yang berperanan sebagai repositori data, maklumat dan rekod kerajaan bertanggungjawab mengumpul, memelihara dan menyediakan rekod-rekod awam dalam pelbagai jenis dan bentuk untuk dirujuk oleh penyelidik dan orang ramai.
Fungsi
  1. Memberi khidmat nasihat kepada jabatan-jabatan Kerajaan mengenai pengurusan rekod awam yang sistematik dan berkesan.
  2. Mengesan, mengumpul menyimpan dan memelihara rekod dan bahan-bahan maklumat yang mempunyai nilai kebangsaan dan sejarah sebagai warisan khazanah negara.
  3. Menyediakan kemudahan rujukan dan penyelidikan kepada jabatan-jabatan Kerajaan dan orang awam.
  4. Menjalankan program penyelidikan dan pendokumentasian bagi tujuan memperlengkapkan maklumat mengenai sejarah tanahair.
  5. Menyebarkan ilmu dan maklumat bernilai sejarah dikalangan orang ramai.
Arkib Negara Malaysia ini terbuka kepada orang ramai. Pada anda yang ingin mendapatkan maklumat boleh berkunjung ke Jabatan Arkib Negara. Maklumat atau data-data rujukan boleh diperoleh di Dewan Penyelidikan.
Waktu Rujukan di Dewan Penyelidikan
Waktu Rujukan di Dewan Penyelidikan
Hari
Masa
Isnin dan Jumaat
9.00 pagi - 5.00 petang
Selasa hingga Khamis
9.00 pagi - 6.00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup
Kaunter Pendaftaran
Bagi pengunjung yang pertama kali mengunjungi Arkib Negara ini, anda perlu mendaftar dan mendapatkan Kad Penyelidik. Selepas itu, anda perlu menyimpan barang peribadi di dalam locker yang disediakan. Untuk makluman jua, hanya buku nota, pensil, laptop dan beg duit sahaja yang dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam dewan penyelidikan.
Kaunter Perkhidmatan
Setelah itu, pengunjung yang pertama kali akan diajar kaedah carian bahan rujukan melalui sistem yang disediakan. Penerangan mengenai perkhidmatan yag diberikan juga diterangkan oleh petugas yang bertugas. Mereka sangat suka membantu. :-)
Antara perkhidmatan yang diberikan:
Perkhidmatan salinan xerox 
 Salinan Mikrofilem Off-Print
 Salinan Gambar
 Salinan Mikrofilem
Dewan Penyelidikan
Kemudian, carian bahan rujukan boleh dicari menggunakan sistem yang disediakan. Anda juga adalah disarankan agar membuat pencarian awal melalui laman web www.arkib.gov.my supaya usaha carian di Dewan Penyelidikan ini dapat dipendekkan. Apabila telah mengenalpasti carian dokumen atau bahan rujukan yang diperlukan, klik butang pinjam dan sistem tersebut akan memaklumkan petugas di Arkib maklumat atau carian dokumen yang anda perlukan. Petugas arkib akan mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Maksimum durasi masa carian oleh petugas arkib adalah dalam lingkungan satu jam bergantung kepada berapa banyak maklumat yang diperlukan. Oleh itu, rancanglah apa carian maklumat yang diperlukan supaya rujukan dapat dibuat dengan lebih cepat.
Bilik Mikrofilem
Bilik ini dikhaskan bagi penyelidik-penyelidik yang ingin merujuk kepada bahan arkib yang terdapat dalam bentuk mikrofilem.
Bilik Rundingcara
Bilik ini disediakan untuk membolehkan penyelidik boleh berinteraksi dan berbincang dengan Pegawai Petugas untuk mendapat khidmat nasihat, bantuan dan keterangan
Bilik Audio Visual
Bahan-bahan arkib yang terdapat dalam bentuk video, dan pita rakaman/kaset boleh dirujuk/didengar dalam Bilik Audio Visual. Alat-alat seperti TV, alat penayang video dan alat perakam disediakan.

 Kemudahan Merezab Bahan (contoh Borang Rezab)
Bahan-bahan arkib yang terdapat dalam bentuk video, dan pita rakaman/kaset boleh dirujuk/didengar dalam Bilik Audio Visual. Alat-alat seperti TV, alat penayang video dan alat perakam disediakan
Semoga informasi ini dapat memberikan panduan kepada pembaca.
Bersama-sama lah kita menerokai ilmu Allah Yang Maha Luas ini.



Wednesday 1 January 2014

Selamat Datang 2014

Teks: Kayrul Hidayah binti Mansor

Alhamdulillah

Syukur kehadrat Illahi kerana masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan pada tahun 2014. Hidup ini terlalu pendek. Hari ini saya memulakan tahun baru dengan mula membaca sebuah buku yang ditulis oleh Dr. Muhammad Abd Al-Rahman Al-Arifi bertajuk Nikmati Kehidupan Anda. Buku ini merupakan hasil penyelidikan penulis selama lebih dua puluh tahun dan merupakan buku "Best Seller" yang diterbitkan dalam pelbagai bahasa. Bahasa asal buku ini adalah dalam Bahasa Arab. Semoga buku ini dapat memberi manfaat pada saya dan anda juga. InshaAllah. (masih belum khatam lagi buku setebal 530 muka surat ini)

imej carian Google