Pages

Saturday, 4 January 2014

Basic Occupational First Aid (BOFA)

Teks: Kayrul Hidayah binti Mansor

Tahukah anda bahawa manusia boleh hidup

- tanpa makanan selama beberapa minggu
- tanpa air selama beberapa hari
- akan tetapi, manusia boleh hidup tanpa oksigen selama 4 minit sahaja

Sebab-sebab umum yang menyebabkan kematian mengejut

- Serangan jantung (Heart Attack)
- Jantung terhenti (Cardiac Arrest)
- Angin Ahmar (Stroke)
- Tercekik (Choking)

Rantaian hidup (Chain of Survival)
- Early Access
- Early CPR
- Early Defibliration
- Early ACLS
- Post Cardiac Arrest Care

Perkongsian mengenai BOFA akan disambung dalam entry akan datang. InshaAllah.

Sumber: Certified Emergency Response Training Academy
              www.CERTacademy.com.my
              Facebook: CERT Academy

Tips Peribadi Hebat

Teks: Kayrul Hidayah binti Mansor

Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk berada di Raudah (Taman Syurga) pada pagi yang barakah ini melalui segmen Motivasi Pagi di TV3 oleh Ustaz Muhammad bin Abdullah.

Tips peribadi hebat menurut Al-Quran dan hadis

1. Membina kekuatan keimanan pada Allah
2. Membina kekuatan ilmu
3. Membina kekuatan akhlak


Friday, 3 January 2014

Pengalaman pertama ke Jabatan Arkib Negara

Teks: Kayrul Hidayah binti Mansor
Assalamualaikum pembaca sekalian,

Semoga dirahmati Allah selalu. InshaAllah.

Alhamdulillah, pada 3 Januari 2013, saya berpeluang berkunjung ke Arkib Negara Malaysia bertujuan untuk mendapatkan maklumat Sejarah Kesihatan Persekitaran di Malaysia. Maklumat mengenai Sejarah Kesihatan Persekitaran di Malaysia memang sukar diperoleh di internet. Oleh itu, maklumat ini perlu digali secara manual dan antara pusat informasi yang 'reliable' adalah Arkib Negara.
Cadangan bagi menerbitkan sebuah dokumentasi mengenai Sejarah Kesihatan Persekitaran di Malaysia telah diutarakan oleh Setiausaha Persatuan Pegawai Kesihatan Persekitaran, En. Mohamad Ridzuan bin Mohamad Salleh. Cadangan tersebut disambut positif dan akan berusaha untuk merealisasikannya, InshaAllah. Semoga dipermudahkan Allah. Semoga pembaca juga akan mendapat ilmu dan mengetahui mengenai Sejarah Kesihatan Persekitaran di Malaysia. InshaAllah, nantikan kemunculannya akan datang.
Sedikit latar belakang mengenai Arkib Negara Malaysia
(sumber informasi:http://www.arkib.gov.my)
Latar Belakang
Arkib Negara Malaysia (ANM) sebagai sebuah agensi yang berperanan sebagai repositori data, maklumat dan rekod kerajaan bertanggungjawab mengumpul, memelihara dan menyediakan rekod-rekod awam dalam pelbagai jenis dan bentuk untuk dirujuk oleh penyelidik dan orang ramai.
Fungsi
  1. Memberi khidmat nasihat kepada jabatan-jabatan Kerajaan mengenai pengurusan rekod awam yang sistematik dan berkesan.
  2. Mengesan, mengumpul menyimpan dan memelihara rekod dan bahan-bahan maklumat yang mempunyai nilai kebangsaan dan sejarah sebagai warisan khazanah negara.
  3. Menyediakan kemudahan rujukan dan penyelidikan kepada jabatan-jabatan Kerajaan dan orang awam.
  4. Menjalankan program penyelidikan dan pendokumentasian bagi tujuan memperlengkapkan maklumat mengenai sejarah tanahair.
  5. Menyebarkan ilmu dan maklumat bernilai sejarah dikalangan orang ramai.
Arkib Negara Malaysia ini terbuka kepada orang ramai. Pada anda yang ingin mendapatkan maklumat boleh berkunjung ke Jabatan Arkib Negara. Maklumat atau data-data rujukan boleh diperoleh di Dewan Penyelidikan.
Waktu Rujukan di Dewan Penyelidikan
Waktu Rujukan di Dewan Penyelidikan
Hari
Masa
Isnin dan Jumaat
9.00 pagi - 5.00 petang
Selasa hingga Khamis
9.00 pagi - 6.00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup
Kaunter Pendaftaran
Bagi pengunjung yang pertama kali mengunjungi Arkib Negara ini, anda perlu mendaftar dan mendapatkan Kad Penyelidik. Selepas itu, anda perlu menyimpan barang peribadi di dalam locker yang disediakan. Untuk makluman jua, hanya buku nota, pensil, laptop dan beg duit sahaja yang dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam dewan penyelidikan.
Kaunter Perkhidmatan
Setelah itu, pengunjung yang pertama kali akan diajar kaedah carian bahan rujukan melalui sistem yang disediakan. Penerangan mengenai perkhidmatan yag diberikan juga diterangkan oleh petugas yang bertugas. Mereka sangat suka membantu. :-)
Antara perkhidmatan yang diberikan:
Perkhidmatan salinan xerox 
 Salinan Mikrofilem Off-Print
 Salinan Gambar
 Salinan Mikrofilem
Dewan Penyelidikan
Kemudian, carian bahan rujukan boleh dicari menggunakan sistem yang disediakan. Anda juga adalah disarankan agar membuat pencarian awal melalui laman web www.arkib.gov.my supaya usaha carian di Dewan Penyelidikan ini dapat dipendekkan. Apabila telah mengenalpasti carian dokumen atau bahan rujukan yang diperlukan, klik butang pinjam dan sistem tersebut akan memaklumkan petugas di Arkib maklumat atau carian dokumen yang anda perlukan. Petugas arkib akan mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Maksimum durasi masa carian oleh petugas arkib adalah dalam lingkungan satu jam bergantung kepada berapa banyak maklumat yang diperlukan. Oleh itu, rancanglah apa carian maklumat yang diperlukan supaya rujukan dapat dibuat dengan lebih cepat.
Bilik Mikrofilem
Bilik ini dikhaskan bagi penyelidik-penyelidik yang ingin merujuk kepada bahan arkib yang terdapat dalam bentuk mikrofilem.
Bilik Rundingcara
Bilik ini disediakan untuk membolehkan penyelidik boleh berinteraksi dan berbincang dengan Pegawai Petugas untuk mendapat khidmat nasihat, bantuan dan keterangan
Bilik Audio Visual
Bahan-bahan arkib yang terdapat dalam bentuk video, dan pita rakaman/kaset boleh dirujuk/didengar dalam Bilik Audio Visual. Alat-alat seperti TV, alat penayang video dan alat perakam disediakan.

 Kemudahan Merezab Bahan (contoh Borang Rezab)
Bahan-bahan arkib yang terdapat dalam bentuk video, dan pita rakaman/kaset boleh dirujuk/didengar dalam Bilik Audio Visual. Alat-alat seperti TV, alat penayang video dan alat perakam disediakan
Semoga informasi ini dapat memberikan panduan kepada pembaca.
Bersama-sama lah kita menerokai ilmu Allah Yang Maha Luas ini.



Wednesday, 1 January 2014

Selamat Datang 2014

Teks: Kayrul Hidayah binti Mansor

Alhamdulillah

Syukur kehadrat Illahi kerana masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan pada tahun 2014. Hidup ini terlalu pendek. Hari ini saya memulakan tahun baru dengan mula membaca sebuah buku yang ditulis oleh Dr. Muhammad Abd Al-Rahman Al-Arifi bertajuk Nikmati Kehidupan Anda. Buku ini merupakan hasil penyelidikan penulis selama lebih dua puluh tahun dan merupakan buku "Best Seller" yang diterbitkan dalam pelbagai bahasa. Bahasa asal buku ini adalah dalam Bahasa Arab. Semoga buku ini dapat memberi manfaat pada saya dan anda juga. InshaAllah. (masih belum khatam lagi buku setebal 530 muka surat ini)

imej carian Google

Tuesday, 31 December 2013

Prosedur Operasi Seragam Bencana Alam

Teks: Kayrul Hidayah binti Mansor


Bencana alam adalah kesan buruk daripada kejadian atau gabungan aktiviti semula jadi, seperti letusan gunung berapigempa bumi,tanah runtuhtaufan) dan aktiviti manusia. (sumber: Wikipedia Bahasa Melayu)

Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan Bencana Banjir yang melanda Pantai Timur Malaysia. Banjir yang terburuk dilaporkan berlaku di Kuantan, Temerloh, Kemaman sehingga menyebabkan terputus hubungan, keperluan asas, dan bantuan. 

Alhamdulillah, saya telah bekesempatan untuk melihat sendiri dan membuat pemerhatian mengenai pengurusan bencana. Tiba masanya pengurusan bencana di Malaysia ditambah baik dengan mengambil kira "worse case scenario" dan beberapa aspek yang boleh ditambahbaik termasuklah dalam aspek kesihatan persekitaran.

InshaAllah, saya akan cuba untuk kupas lebih lanjut mengenai Prosedur Operasi Seragam Bencana Alam dalam Pengurusan Bencana pada entry akan datang








Bencana Banjir di Bintulu Sarawak

Teks: Kayrul Hidayah binti Mansor

Bintulu dilanda banjir. Sumber dari Astro Awani memaklumkan bahawa air telah mula naik antara 0.5 meter dan satu meter sejak petang Ahad selepas hujan lebat berterusan



Semoga warga Bintulu, Marudi dan Miri tabah dan sabar menghadapi ujian bencana alam ini.



Monday, 30 December 2013

Pengalaman sebagai Sukarelawan Banjir di Kuantan

Teks: Kayrul Hidayah binti Mansor

Keadaan Banjir di Kuantan berada di tahap kritikal. Heboh di media massa dan di media sosial bahawa bantuan dan keperluan tidak sampai kepada mangsa banjir. Hati ini begitu kuat untuk ke Kuantan bagi memberi bantuan kepada mangsa banjir. Hal mengenai kekurangan bantuan atau bantuan lewat sampai ke pusat-pusat pemindahan amat memilukan hati saya. Bagaimanakah mereka mendapatkan bekalan air bersih? Bagaimanakah keperluan sanitasi meraka? Bagaimanakah keperluan asas mereka? Bagaimanakah mereka hendak mendapatkan bantuan? Tekad. Saya tidak boleh berpeluk tubuh dan perlu keluar dari kepompong keselesaan, tidak cukup dengan hanya perasaan kasihan tapi perlukan tindakan. Banyak NGO telah memulakan misi bantuan dan rata-ratanya memerlukan bantuan dari aspek kewangan dan barangan keperluan.

Alhamdulillah, niat untuk membantu ini dipermudahkan Allah dengan menggerakkan hati membuka laman facebook Yayasan Salam Malaysia. Yayasan Salam Malaysia sedang mencari sukarelawan bagi Misi Bantuan Kemanusiaan Banjir pada ketika itu. Justeru, malam 4 Disember 2013, saya telah mendaftar sebagai Sukarelawan Banjir bersama Yayasan Salam Malaysia. Alhamdulillah, pendaftaran sebagai sukarelawan diterima dan ini merupakan pengalaman pertama saya sebagai Sukarelawan Misi Bantuan Banjir Pantai Timur

Saya telah dimaklumkan bahawa nama saya telah tersenarai sebagai sukarelawan bagi Misi Bantuan Banjir PantaiTimur akan pada 9 Disember hingga 11 Disember 2013. Alhamdulillah.


Misi Sukarelawan bermula pada 9 Disember 2013 sehingga 11 Disember 2013.


9 Disember 2013

Pada pagi itu, saya bangun sewala 4.30 pagi bagi mempersiapkan diri dan berkumpul di HQ Yayasan Salam Malaysia seawal 7.30 pagi.

Sukarelawan yang terlibat dalam misi ini adalah seramai 37 orang dan misi kali ini telah mendapat kerjasama dan bantuan dari UZMA Berhad dan Kumpulan Mitsubishi Pajero (KMP). Kami bertolak dengan menaiki pacuan 4 roda milik KMP dan UZMA setelah pembahagian kumpulan dan taklimat misi diberikan oleh Chief De Mission, Cik Yusmunirah Yusar dan Ketua Misi 2 En Fait Hanafi. Objektif misi ini adalah untuk membantu membuat pengagihan barangan keperlua yang telah diamanahkan oleh orang awam kepada mangsa banjir di Kuantan.

Taklimat disampaikan oleh Cik Yusmunirah 

Barisan 9 buah pacuan 4 roda bagi Misi Bantuan Banjir Pantai Timur

Dalam perjalanan ke Kuantan, kami telah terserempak dengan sebuah kemalangan di lebuhraya. Tanpa berlengah masa, kesemua kenderaan kami berhenti untuk membantu dan bersama-sama menolak kereta yang terlibat dengan kemalangan kecil itu ke tepi jalan. Mujur tiada kecederaan yang dialami oleh pihak yang terlibat dengan kemalangan tersebut. Pada ketika itu, aura sedia membantu telah dapat dirasai.

Kami tiba di Kuantan kira-kira jam 2 petang. Kami telah ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad yang merupakan juga Pusat Pemindahan Banjir dan membuka tapak operasi dan penempatan sukarelawan di sekolah ini. Terima kasih kepada Cikgu Abdullah yang banyak membantu. Tahniah kepada pengurusan SALAM yang banyak membantu melicinkan perjalanan sukarelawan SALAM.

Pusat Operasi dan Penempatan Sukarewalan Misi Bantuan Banjir Pantai Timur

Setelah memunggah barangan, pasukan saya iaitu UZMA2 bersama-sama dengan pasukan UZMA yang lain telah membantu untuk mengagihkan barangan sumbangan kepada pekerja-pekerja UZMA dan penduduk-penduduk sekitar di Kemaman.


Proses memunggah barangan ke pusat operasi sementara


Destinasi pertama di Kemaman adalah di Kemaman Supply Base (KSB) dimana kami membantu mengagihkan sumbangan kepada pekerja-pekerja UZMA di Kemaman. Kami juga berkesempatan untuk mengagihkan sumbangan dari rumah ke rumah pekerja UZMA di sekitar Kemaman. Sayu hati bila melihat kesan-kesan banjir yang masih jelas kelihatan. Ramai mangsa banjir telah kembali pulang ke rumah dan sedang mencuci rumah yang rata-rata rumah mereka telah tenggelam paras pinggang. Ada juga rumah yang tenggelam hampir 2 meter. "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". Tiada kata yang dapat saya ungkap melainkan "Bersabarlah, jika kita redha, InshaAllah, Allah akan beri yang lebih baik". Kedatangan kami disambut dengan wajah gembira terpapar di muka mereka. Walaupun sumbangan yang disampaikan tidak seberapa, namun, ia seakan menjana satu perubahan bermakna buat mereka dimana mereka dapat berkongsi rasa bersama kami. Ya, sokongan moral sangat-sangat mereka perlukan supaya mereka redha dan bangkit seperti sediakala.

Hari hampir menjelang malam, kami berhenti di sebuah perumahan di Jalan Air Putih, Kemaman sebelum pulang semula ke pusat operasi sementara kami di Kuantan. Kami hampir diserbu oleh penduduk disitu walaupun hujan renyai-renyai. Ternyata mereka sangat perlukan bantuan yang diberikan. Barang-barang yang diagih termasuklah makanan, air mineral, pampers bayi dan susu bayi. Berdasarkan temubual bersama mangsa-mangsa banjir di Kemaman dan pemerhatian yang dibuat, Kemaman sangat perlukan bantuan dan bantuan yang sedia ada adalah sangat terhad.

10 Disember 2013

Usaha-usaha pengagihan barangan diteruskan ke kampung-kampung yang terjejas dengan banjir. Ingin saya kongsikan mengenai sukarelawan seperti dalam gambar ini. Nama beliau Yong Lek Cinn. Beliau adalah satu kumpulan dengan saya, Kak Saadiah dan Lee Wen Yen. Uniknya sukarelawan ini adalah beliau berbangsa Cina namun tidak fasih berbahasa Cina dan merupakan lepasan SPM, 18 tahun. Namun, atas semangat ingin membantu yang tinggi, beliau sertai misi ini. Seorang sukarelawan yang sangat rajin, suka senyum dan suka membantu. 

pengagihan barang sumbangan dilakukan dari rumah ke rumah



 Penulis bersama adik-adik sukarelawan 

Semasa pengagihan barang-barang sumbangan terdapat Tragedi berlaku dimana ada pihak yang cuba mengambil kesempatan atas sumbangan yang kami berikan dengan mempolitikkan isu pengagihan sumbangan. Sungguh dukacita dengan perangai manusia yang tidak mempunyai perasaan belas ihsan dan masih mengutamakan fahaman politik. Pihak SALAM merupakan NGO yang berkecuali dan kami perteguhkan objektif dan kami tidak menyebelahi mana-mana parti politik. Semua adalah sama iaitu mangsa banjir.

Pada malamnya, kami telah dijemput oleh Cikgu Abdullah untuk bersama-sama sukarelawan dan St. John Ambulance dan JKKK Taman Indera Mahkota. Kami berkenal-kenalan dan berkongsi cerita dan pengalaman kami  sepanjang menjadi sukarelawan di Kuantan. Tujuan kami sama iaitu untuk membantu dan meringankan beban mangsa banjir.

Para sukarelawan SALAM, St. John Ambulance dan JKKK Taman Indera Mahkota

11 Disember 2013

Misi bantuan banjir diteruskan pada hari ketiga dengan membuat pembersihan di SK Cenderawasih yang turut terlibat dalam banjir. Pihak MP Kuantan membantu dengan mnyediakan alatan cucian bagi memudahkan urusan pencucian dilakukan oleh para sukarelawan. Usaha mencuci kelas, surau, tandas, tempat wudhuk dilaksanakan dengan semangat tolong-menolong dan bertolak ansur serta keceriaan.

Setelah post mortem kami pulang ke HQ SALAM di Petaling Jaya. Walaupun keletihan tapi kami merasa satu kepuasan kerana objektif dan misi kami berjaya. Alhamdulillah. Berkat kesungguhan para sukarelawan yang saling tolong-menolong, bertolak ansur dan tidak berkira dalam menjalankan amanah yang diberi. Semoga usaha yang dilakukan ini diberkati Allah.

TIPS MENJADI SUKARELAWAN


  • Sediakan diri fizikal dan mental.
  • Prihatin dengan masyarakat sekeliling
  • Rendah hati dan tidak sombong atau meninggi diri
  • Bertolak ansur
  • Sedia hadapi cabaran
  • Berfikiran positif terhadap orang yang ingin dibantu khasnya dan masyarakat umumnya
  • Bersedia dan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan keupayaan diri untuk menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan masyarakat
  • Mempunyai sifat empati, pengasih dan penyayang



Yayasan Salam sedang mendapatkan sumbangan kewangan bagi penyediaan kelengkapan persekolahan. Sumbangan anda boleh disalurkan kepada:


Yayasan Salam Malaysia boleh dihubungi melalui
email: info@salam.gov.my
laman web: www.salam.org.my
FB: https://www.facebook.com/YayasanSalam