Pages

Friday 3 January 2014

Pengalaman pertama ke Jabatan Arkib Negara

Teks: Kayrul Hidayah binti Mansor
Assalamualaikum pembaca sekalian,

Semoga dirahmati Allah selalu. InshaAllah.

Alhamdulillah, pada 3 Januari 2013, saya berpeluang berkunjung ke Arkib Negara Malaysia bertujuan untuk mendapatkan maklumat Sejarah Kesihatan Persekitaran di Malaysia. Maklumat mengenai Sejarah Kesihatan Persekitaran di Malaysia memang sukar diperoleh di internet. Oleh itu, maklumat ini perlu digali secara manual dan antara pusat informasi yang 'reliable' adalah Arkib Negara.
Cadangan bagi menerbitkan sebuah dokumentasi mengenai Sejarah Kesihatan Persekitaran di Malaysia telah diutarakan oleh Setiausaha Persatuan Pegawai Kesihatan Persekitaran, En. Mohamad Ridzuan bin Mohamad Salleh. Cadangan tersebut disambut positif dan akan berusaha untuk merealisasikannya, InshaAllah. Semoga dipermudahkan Allah. Semoga pembaca juga akan mendapat ilmu dan mengetahui mengenai Sejarah Kesihatan Persekitaran di Malaysia. InshaAllah, nantikan kemunculannya akan datang.
Sedikit latar belakang mengenai Arkib Negara Malaysia
(sumber informasi:http://www.arkib.gov.my)
Latar Belakang
Arkib Negara Malaysia (ANM) sebagai sebuah agensi yang berperanan sebagai repositori data, maklumat dan rekod kerajaan bertanggungjawab mengumpul, memelihara dan menyediakan rekod-rekod awam dalam pelbagai jenis dan bentuk untuk dirujuk oleh penyelidik dan orang ramai.
Fungsi
  1. Memberi khidmat nasihat kepada jabatan-jabatan Kerajaan mengenai pengurusan rekod awam yang sistematik dan berkesan.
  2. Mengesan, mengumpul menyimpan dan memelihara rekod dan bahan-bahan maklumat yang mempunyai nilai kebangsaan dan sejarah sebagai warisan khazanah negara.
  3. Menyediakan kemudahan rujukan dan penyelidikan kepada jabatan-jabatan Kerajaan dan orang awam.
  4. Menjalankan program penyelidikan dan pendokumentasian bagi tujuan memperlengkapkan maklumat mengenai sejarah tanahair.
  5. Menyebarkan ilmu dan maklumat bernilai sejarah dikalangan orang ramai.
Arkib Negara Malaysia ini terbuka kepada orang ramai. Pada anda yang ingin mendapatkan maklumat boleh berkunjung ke Jabatan Arkib Negara. Maklumat atau data-data rujukan boleh diperoleh di Dewan Penyelidikan.
Waktu Rujukan di Dewan Penyelidikan
Waktu Rujukan di Dewan Penyelidikan
Hari
Masa
Isnin dan Jumaat
9.00 pagi - 5.00 petang
Selasa hingga Khamis
9.00 pagi - 6.00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup
Kaunter Pendaftaran
Bagi pengunjung yang pertama kali mengunjungi Arkib Negara ini, anda perlu mendaftar dan mendapatkan Kad Penyelidik. Selepas itu, anda perlu menyimpan barang peribadi di dalam locker yang disediakan. Untuk makluman jua, hanya buku nota, pensil, laptop dan beg duit sahaja yang dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam dewan penyelidikan.
Kaunter Perkhidmatan
Setelah itu, pengunjung yang pertama kali akan diajar kaedah carian bahan rujukan melalui sistem yang disediakan. Penerangan mengenai perkhidmatan yag diberikan juga diterangkan oleh petugas yang bertugas. Mereka sangat suka membantu. :-)
Antara perkhidmatan yang diberikan:
Perkhidmatan salinan xerox 
 Salinan Mikrofilem Off-Print
 Salinan Gambar
 Salinan Mikrofilem
Dewan Penyelidikan
Kemudian, carian bahan rujukan boleh dicari menggunakan sistem yang disediakan. Anda juga adalah disarankan agar membuat pencarian awal melalui laman web www.arkib.gov.my supaya usaha carian di Dewan Penyelidikan ini dapat dipendekkan. Apabila telah mengenalpasti carian dokumen atau bahan rujukan yang diperlukan, klik butang pinjam dan sistem tersebut akan memaklumkan petugas di Arkib maklumat atau carian dokumen yang anda perlukan. Petugas arkib akan mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Maksimum durasi masa carian oleh petugas arkib adalah dalam lingkungan satu jam bergantung kepada berapa banyak maklumat yang diperlukan. Oleh itu, rancanglah apa carian maklumat yang diperlukan supaya rujukan dapat dibuat dengan lebih cepat.
Bilik Mikrofilem
Bilik ini dikhaskan bagi penyelidik-penyelidik yang ingin merujuk kepada bahan arkib yang terdapat dalam bentuk mikrofilem.
Bilik Rundingcara
Bilik ini disediakan untuk membolehkan penyelidik boleh berinteraksi dan berbincang dengan Pegawai Petugas untuk mendapat khidmat nasihat, bantuan dan keterangan
Bilik Audio Visual
Bahan-bahan arkib yang terdapat dalam bentuk video, dan pita rakaman/kaset boleh dirujuk/didengar dalam Bilik Audio Visual. Alat-alat seperti TV, alat penayang video dan alat perakam disediakan.

 Kemudahan Merezab Bahan (contoh Borang Rezab)
Bahan-bahan arkib yang terdapat dalam bentuk video, dan pita rakaman/kaset boleh dirujuk/didengar dalam Bilik Audio Visual. Alat-alat seperti TV, alat penayang video dan alat perakam disediakan
Semoga informasi ini dapat memberikan panduan kepada pembaca.
Bersama-sama lah kita menerokai ilmu Allah Yang Maha Luas ini.



No comments:

Post a Comment