Pages

Sunday 5 January 2014

Tuberkulosis @ Batuk Kering

Teks: Kayrul Hidayah binti Mansor

Masalah penyakit Tuberkulosis/ Batuk Kering atau lebih dikenali dengan nama penyakit Tibi merupakan masalah kesihatan bandar yang kian meruncing. Untuk makluman pembaca sekalian, suatu ketika dahulu, penyakit Tibi ini pernah menjadi pembunuh utama di negara ini antara tahun 1945-1957.

Penyakit Tibi adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria Mycobaterium Tuberculosis. Biasanya bakteria ini akan menyerang paru-paru (TB Pulmonari), sistem saraf tunjang (meningitis), sistem limfa, sistem peredaran darah, sistem genitourinari, tulang, sendi dan lain-lain.

Antara faktor kemunculan semula penyakit Tibi adalah:

- pendatang asing secara haram tidak disaring daripada penyakit

- pesakit lambat atau tidak mendapatkan rawatan kerana tiada kesedaran tentang penyakit.



Apakah gejala-gejala tibi?

• Batuk berkahak melebihi dua minggu atau lebih
• Kahak berdarah
• Demam berpeluh pada waktu petang atau malam
• Mengalami sakit dada khususnya apabila batuk atau menghela nafas panjang
• Hilang selera makan
• Berat badan menyusut
• Mudah letih dan lemah badan.


Langkah pencegahan tibi

• Bayi-bayi yang baru lahir mestilah diberikan suntikan imunisasi BCG
• Dapatkan suntikan dos kedua sekiranya tiada bekas parut dan pada umur 12 tahun
• BCG diberikan percuma di semua hospital serta klinik kesihatan kerajaan untuk mereka yang berumur 20 tahun ke bawah
• Sekiranya batuk berterusan lebih daripada dua minggu, segeralah berjumpa doktor untuk menguji kahak anda
• Ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan pesakit tibi dalam tempoh yang lama hendaklah tampil menjalani pemeriksaan.


Golongan berisiko tinggi mendapat jangkitan

• Penduduk miskin yang tinggal di desa mahupun di bandar-bandar
• Pembawa HIV
• Mereka yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, buah pinggang
• Pesakit yang mengambil ubat steroid dalam jangka waktu yang lama
• Warga tua.


Baqaimanakah caranya mendiagnos tibi?

• Jika mengalami batuk berpanjangan, anda hendaklah melakukan pemeriksaan sapuan kahak di bawah mikroskop bagi mengesan kehadiran kuman tibi. Ujian kahak boleh dilakukan di pusat kesihatan mahupun hospital kerajaan berhampiran secara percuma.
• Pemeriksaan sinaran X dada juga boleh menunjukkan kerosakan yang mungkin berlaku pada paru-paru anda.


Rawatan tibi

Rawatan biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan walaupun pesakit berasa sihat dalam tempoh berkenaan. Pada dua bulan pertama, rawatan harian akan diberikan, biasanya mengandungi sebanyak empat jenis ubat makan yang disaksikan oleh pengamal perubatan atau orang lain yang dilantik sebagai penyelia.

Peringkat rawatan seterusnya dilakukan dua kali seminggu selama empat bulan, biasanya melibatkan tiga jenis ubat, juga diambil di bawah penyeliaan. Jika rawatan ini diikuti secara tetap, pesakit berkenaan boleh disembuhkan.


sumber: http://www.maptb.org.my/mainpage/mingguan.htm

No comments:

Post a Comment